Tips Mencuci Muka

 Pembersihan Wajah Yang Betul Itu Penting

bigstock-Teenager-Problem-Skin-Care-W-10973117-500x333Perkara yang paling penting dalam penjagaan kulit kita adalah rutin pembersihan wajah. Jika dilakukan dengan betul, ia boleh menonjolkan seri wajah yang sihat. Jom tahu 10 perkara yang mungkin anda tidak pernah tahu tentang apa yang terbaik untuk kulit anda , cara cucian dan urutan sebenar.

 

 

 

Jika kita dah jumpa dengan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit kita, kita juga perlu tahu menggunakannya dengan betul. Jadi, saya nak kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat. 🙂

  • Masa adalah segalanya.

Kebanyakan individu mencuci muka terlalu sekejap dan cepat mungkin kerana kesuntukan masa dan sebagainya. Haaa kita seharusnya memperlahankan proses mencuci muka bagi membolehkan pembersih wajah menyerap masuk ke dalam kulit untuk memecahkan minyak dan juga sebum. Pembersih wajah anda akan mengeluarkan kotoran dari liang roma tetapi hanya jika anda memberikan sedikit masa untuk melakukannya.

  • Pastikan tangan kita bersih sebelum mencuci

Tangan yang bersih akan menghalang bakteria dan kotoran daripada merebak ke wajah anda. So, sebelum mencuci muka, kita basuh tangan dulu ya. Itu memang apa yang saya praktikkan sejak kebelakangan ini. Next, pastikan sabun dibilas dengan bersih sebelum meneruskan proses mencuci muka. Ingat ya, bahan kimia daripada sabun itu akan menyebabkan iritasi kulit pada wajah anda.

  • Pembersih wajah berubah mengikut jenis kulit dan musim.

Biasanya kulit kita akan lebih berminyak pada musim panas dan kering pada musim sejuk. Betul tak? So, tukarlah pembersih wajah mengikut perubahan musim. Semasa memilih pembersih wajah yang sesuai dengan kulit, pertimbangkan apa yang anda benar-benar perlukan daripadanya. Pastikan juga pembersih wajah anda mampu bertindak ke atas apa yang anda mahukan (menghalang jerawat, membersihkan solekan dan sebagainya) supaya ia memberi hasil yang baik.

  •  Cara menggosok muka keterlaluan

imagesBTIFA6S0Memang ada segelintir individu yang gemar mencuci muka secara kuat dan kasar dengan harapan kulit boleh hilang dengan cepat. Actually, cara seperti ini akan memburukkan lagi keadaan. Kita hendaklah melakukan urutan secara lembut, bukan menggosok dengan kasar.

  • Membersihkan seluruh wajah

Cuci muka termasuk bahagian leher, dada dan bahu. Bukan hanya pada muka semata-mata.

  • Teknik urutan yang betul

Lakukan gerakan hujung jari anda dalam gerakan memusing di seluruh wajah dan leher. Penting untuk kita membuat pergerakan secara perlahan dan lembut supaya kulit tidak menjadi iritasi. Dengan urutan sebegitu di muka kita, ia mampu merangsang perjalanan darah dan oksigen dengan baik.

  • Jangan lupa untuk bilas.

Selesai mencuci muka anda dengan pembersih wajah, bilas muka kita dengan air suam. Sentiasa bilas pembersih wajah kita, jangan biarkan begitu sahaja. Sebab krim pembersih wajah yang biasa sering meninggalkan sisa pada kulit yang boleh menghalang bahan-bahan dari serum dan pelembap untuk meyerap dengan baik ke dalam kulit.

Haa so itulah tips-tipsnya. Jom kita praktikkan. Tips-tips di atas telah di kongsikan daripada “pakar-pakar dermatologi” kita. Tapi before that, ada lagi beberapa perkara yang perlu dielakkan. Haa apa tu? Jom tengok. 🙂

Ramai antara kita yang tidak mencuci muka dengan cara yang betul. Contohnya, membersihkan wajah pada waktu pagi dan before tidur akan mengekalkan kesegaran kulit dan memberi keselesaan sepanjang kita tidur. Next, Gunakan air suam dan bukan air panas. And cara yang terbaik untuk mencuci muka adalah dibilik mandi untuk memastikan cucian rata sempurna.

Cara Salah Mencuci Wajah

Jangan terlebih mencuci kulit dan Jangan gunakan sabun pengeringan atau anti-bakteria. Pilih pembersih cecair yang digunakan dengan tanagn, kemudian bilas dengan bersih menggunkan air suam. Dengan kaedah pembersihan wajah begini, daki minyak, kotoran dan sel-sel mati boleh dihilangkan tanpa merosakkan atau mengeringkan kulit anda.

Lakukan pengelupasan atau tidak? Kebanyakan skrub atau gel pengelupasan kulit adalah kasar. Bahkan sesetengah daripadanya mengandungi bahan-bahan yang sangat kasar dan boleh merosakkan kulit.

Shaklee juga ada set pembersih wajah for oily and dry skin. Untuk info lanjut boleh KLIK DISINI. Harga pun mampu milik. Insyaallah. Konsultasi dan cara pengambilan yang betul akan diberikan beserta dengan produk hanya untuk pelanggan di NutrisiAddeen. Diskaun istimewa menanti anda tau! . Tunggu apa lagi?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

One thought on “Tips Mencuci Muka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s