Nutrisi Untuk Anak Sihat

Nutrisi Penting Untuk Kesihatan Anak

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrien penting bagi membantu tumbesaran yang sihat dan cergas. Jangan abaikan dan memandang remeh temeh terhadap nutrien berikut agar anak anda tidak tergolong dalam kelompok kanak-kanak yang tidak sihat.

1. Kalsium

Anak anda perlukan kalsium kerana ia sangat penting untuk tumbesaran gigi dan tulangnya. Sumber kalsium boleh anda peroleh daripada produk tenusu, brokoli, kekacang dan jus oren segar.

 2. Vitamin A

Vitamin A adalah untuk kesihatan matanya. Ia membolehkan mata berfungsi dengan baik terutamanya apabila berubah daripada keadaan gelap – terang atau sebaliknya. Vitamin A juga berperanan membantu perkembangan sel dan tisu tubuhnya serta meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan bakteria jangkitan. Jadi beri anak anda makan telur, lobak merah dan keledek.

 3. Zat besi

Zat besi sangatlah penting untuk anak anda untuk membantu darah mengangkut oksigen ke dalam sel tubuh dan pada masa yang sama memastikan sistem imunisasi berfungsi dengan baik, Kekurangan zat besi boleh mengakibatkannya kurang darah dan mudah letih. Ia boleh didapati daripada makanan seperti daging merah, ayam, ikan dan kekacang.

 4. Serat

Serat sangat penting dalam membantu usus si kecil berfungsi dengan sempurna selain daripada mengelakkannya daripada menghidap diabetes. Sumber makanan yang mengandungi serat adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan oat.

 5. Vitamin C

Vitamin C diperlukan kerana ia bahan antioksidan yang dapat meningkatkan keupayaan salur darah, menyembuhkan luka dan melawan jangkitan. Ia turut membantu memendekkan jangka masa serengan selesema. Sumber vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buahan sitrus dan strawberi.

Apa kesannya kalau anak anda kekurangan nutrisi2 diatas ini?

  • Kesannya,ia boleh mengganggu perkembangan semulajadi yang sepatutnya dilalui oleh kanak-kanak normal.
  • Nutrisi juga penting untuk tumbesaran kanak-kanak yang cergas dan sihat. Dan pastikan setiap makanan yang anda beri kepada mereka, membantu mereka untuk sihat dan membesar
  • Dan tidak semestinya, kanak-kanak yang badannya sihat, montel dan gebu mempunyai nutrisi yang cukup dan sihat.

Jadi, anda sudah tahu nutrisi yang penting untuk anak anda.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s