Doa, Zikir Dan Amalan Bagi Ibu Menyusu

Assalamualaikum ,pasti ibu-ibu diluar sana risau kerana susu badan kurang untuk menyusukan si manja. Disini ada saya kongsikan amalan, doa dan zikir untuk banyakkan memeriahkan susu ibu. Insyallah, sebelum menyusu di nasihatkan supaya selawat dan bismillah.

Amalan ibu Imam Shafie ketika menyusukan beliau:

  •  Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu
  •  Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
  • Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
  •  Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa

Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun.

Doa dan zikir untuk menambahkan susu:

  1. “Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan”
  2. “Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku…Amin”
  3. Surah Al-Baqarah ayat 60.

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Ambil baca letakkan tangan pada bayi dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn. Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang….amin

4. Amalkan Surah al-Hujurat al-Kauthar – elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
5. Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm dan ketika waktu subuh dan hembuskan pada air & minum
6. Surah Yasin ayat
7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Wallahuallam..Selamat mengamalkan doa dan zikir ini ya.. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s