Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 Shaklee Selain Untuk Sihat jantung..

Ramai yang tidak tahu kelebihan CoQ10 kepada kita. Enzim yang boleh dihasilkan oleh badan ini sebenarnya banyak manfaatnya. Kebanyakan kajian mengenai kelebihan dan kebaikan CoQ10 telah memberi tumpuan kepada penyakit jantung ,namun terdapat kajian yang menekankan kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada kesihatan tubuh badan yang lain.
Berikut adalah kelebihan dan kebaikan CoQ10 utama yang semua orang perlu tahu.
 #1: Merawat penyakit mitokondria

CoQ10 digunakan untuk merawat penyakit mitokondria yang jarang berlaku. Walaupun jarang berlaku, pesakit yang tidak mampu menghasilkan cukup CoQ10 boleh mengalami penyakit mitokondria dan penyakit metabolik lain. Kandungan CoQ10 yang diperlukan perlu dipreskrip oleh doktor untuk mengelakkan simptom-simptom masalah yang mengundang masalah lebih serius seperti masalah penglihatan dan pendengaran, masalah pembelajaran, jantung, hati dan penyakit buah pinggang , penyakit pernafasan dan banyak lagi.#2: Menggalakkan kesihatan JantungBanyak bukti menunjukkan mereka yang mempunyai kegagalan jantung mengalami kekurangan CoQ10dan kepekatan plasma CoQ10 dalam darah adalah penentu jangka hayat akibat kegagalan jantung. Pengoksidaan LDL dipercayai adalah penyebab utama serangan jantung dan strok dan ubiquinol (satu bentuk Koenzim Q10, CoQ10 ) dalam LDL manusia memberikan perlindungan terhadap proses pengoksidaan , melindungi jantung yang sihat.

 #3: Mencegah Migrain
Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Koenzim Q10(CoQ10) sebagai pencegahan migrain dilaporkan mengalami pengurangan diserang migrain sebanyak 50%dalam tempoh tiga bulan kajian . Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam migrain dan sakit kepala.
 #4: Meningkatkan TenagaKajian telah menunjukkan banyak kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada mereka yang mengalami sindrom keletihan kronik. Ini kerana keletihan yang kronik merupakan gejala kegagalan mitokondria , CoQ10 membekalkan tenaga yang diperlukan untuk mitokondria dan tubuh anda.#5: Merendahkan Tekanan Darah

Ujian klinikal pada tahun 2007 mendapati bahawa kebaikan dan kelebihan CoQ10 adalah setara seperti ubat-ubatan tradisional dalam merawat tekanan darah. Ia merendahkan tekanan darah tanpa kesan sampingan yang merosakkan seperti ubatan moden yang lain.

#6: Mengurangkan keradanganKajian pertama mengenainya dilaporkan pada tahun 2004 dan disiarkan dalam majalah Lancet ,di mana satu kajian menunjukkan bahawa apabila digabungkan dengan vitamin E semulajadi , Koenzim Q10 atau CoQ10 boleh mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif – dua elemen penting dalam perkembangan dan pembangunan penyakit vaskular.#7: Melambatkan perkembangan penyakit Parkinson

Kajian tentang keberkesanan CoQ10 bakal menjadi satu kejayaan perubatan utama pada masa akan datang , di mana kajian pada tahun 2002 ke atas pesakit Parkinson yang mengambil 1400mg CoQ10 harian mendapati CoQ10 memperlahankan perkembangan penyakit sebanyak 44 %. Fasa 3 kajian ini dibuat pada tahun 2011.Hasil dari kajian ini mungkin membantu merawat pesakit Parkinson di peringkat awal.

 #8: Membantu pesakit yang sedang menunggu pemindahan jantung

Satu lagi kebaikan dan kelebihan CoQ10 adalah ia boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan pesakit dalam persediaan untuk pemindahan jantung. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2004 mendapati, dengan membekalkan CoQ10 kepada calon-calon pemindahan jantung membawa kepada peningkatan yang ketara dalam simptom klinikal penyakit dan kualiti hidup.

Untuk melihat testimoni CoQ10 Shaklee untuk penyakit sakit jantung, sila KLIK DISINI.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s