Punca Dan Akibat Hemoglobin Rendah Ketika Pregnant

Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini memang agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Bacaan normal adalah 12 ke atas.

kalau anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil. Teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan anda menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan meminumnya semasa waktu makan.

PUNCA HB RENDAH

  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Faktor yang boleh menyumbang kepada risiko masalah anemia dalam kalangan ibu hamil

  • ibu hamil yang tidak mendapat khasiat secukupnya serta tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbangan berikutan masalah morning sickness yang teruk dan berlarutan
  • ibu yang hamil anak kembar
  • jarak kehamilan yang terlalu rapat
  • tabiat pemakanan yang tidak baik
  • merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan
  • penggunaan ubat-ubatan anti konvulsi
  • perkara-perkara yang boleh mengganggu penyerapan zat besi secara efektif oleh badan

 Jika seseorang ibu hamil mengalami anemia dan masalah kekurangan zat besi:

  • lebih berisiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang
  • bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya
  • pertumbuhan dan perkembangan bayi mungkin terbantut
  • meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia (peningkatan tekanan darah ketika hamil) yang boleh mengundang pelbagai risiko lain termasuk kematian
  • lebih mudah untuk mengalami jangkitan semasa dan selepas bersalin

Simptom yang menjurus kepada permasalahan ini.

  • keletihan
  • lemah anggota badan
  • terasa seakan hendak atau mudah pitam
  • muka kelihatan pucat & lesu
  • jantung berdegup lebih kencang dari biasa
  • loya
  • sakit kepala & pening
  • mudah lupa
  • keradangan pada lidah

RISIKO HB RENDAH 

Kesan kepada ibu
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Jadi, risiko hb rendah atau anemia dalam kalangan ibu hamil perlu diambil berat juga. Kerana kesannya juga amat merisikokan. Ibu pregnant perlu menjaga kesihatan diri sendiri dan baby comel di dalam kandungan dengan mengamalkan diet seimbang dan kaya dengan zat besi: Antaranya ialah:

  • sayuran hijau yang fresh
  • Kacang
  • Daging merah
  • kerang
  • Kismis/kurma

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s