tips diet

Tips Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat

Assalamualaikum semua !! Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt sebab kita semua masih diberi peluang untuk megimarahkan muka bumi ni dgn nikmat yg ade…oklah nk cerita sikit ni Semua orang pasti nak berat badan dan bentuk badan yang cantik. Tapi proses untuk menurunkan berat badan bukan senang tapi tak mustahil juga dengan syarat berdisiplin dan konsisten. Di sini saya nak kongsikan 4 TIPS UTAMA Untuk Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat.

TIP DIET 1 : PEMAKANAN YANG SEIMBANG, BERKHASIAT DAN BETUL

  • Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.
  • Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.
  • Kurangkan makan makanan ringan dan minuman yang bergas dan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Pengambilan berlebihan boleh membuatkan badan anda menyimpan lebih banyak lemak.drink water beauty lady
  • Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.
  • Minum air kosong yang banyak, sekurang-kurangnya 4L sehari.
  • Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Proses ini akan membuatkan anda cepat kenyang dan hilang nafsu makan.

TIP DIET 2 : MELAKUKAN SENAMAN

  • Jadikan senaman sebahagian daripada hidup anda. Caranya adalah anda perlu luangkan masa untuk lakukan senaman dan anda perlu lakukannya pada setiap hari.
  • Tetapkan matlamat. Ketika melakukan senaman, anda perlu tetapkan matlamat. Contohnya anda mahu berlari sejauh 2 km tanpa henti. Selagi anda tidak berjaya capai matlamat tersebut, anda perlu berusaha bersungguh – sungguh. Mencabar diri sendiri dengan matlamat akan beri anda lebih rasa seronok.
  • Cuba pelbagai jenis senaman. Setiap hari anda tidak semestinya perlu lakukan satu jenis senaman sahaja. Anda bebas untuk memilih pelbagai jenis senaman. Senaman yang pelbagai akan buatkan anda rasa seronok untuk sentiasa mencuba perkara baru.

TIP DIET 3 : MENGAMBIL SUPPLEMENT YANG SESUAI UNTUK DIET

  • Ambil supplement yang bantu badan anda MEMBAKAR LEMAK kerana proses membakar lemak adalah sukar dan mengambil masa. Jadi pengambilan supplement yang boleh membakar lemak anda boleh mempercepatkan proses dan memastikan usaha diet anda yang lain tidak sia-sia.
  • Ambil supplement yang membantu badan anda DETOX kerana toksin berlebihan dalam badan akan menyebabkan sebarang program diet sukar menampakkan kesan positifnya.
  • Ambil ‘PROTEIN SHAKE’ untuk mengawal nafsu makan anda dan meningkatkan metabolism badan untuk membakar lebih banyak lemak berlebihan. Ini akan mempercepatkan proses diet anda.

TIP DIET 4 : PENGAMBILAN SUPPLEMENT SECARA KONSISTEN DAN TERATUR.

  • Untuk menampakkan hasilnya, pengambilan secara teratur sangat penting.
  • Program detox akan berlaku bagi proses pembersihan organ dalaman tubuh terutamanya usus bg mengoptimumkan kadar penyerapan zat supplement.
  • Berikan masa kepada sel anda untuk menyerap zat-zat vitamin iaitu dalam tempoh 90-120 hari.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s