diet

Boleh Ke Diet Tanpa Nasi?

Salam pengunjung NutrisiAddeen.com , topik kita pada hari ini ialah DIET .”Kalau waktu lunch kite just makan lauk tanpa nasi, boleh kurangkan berat badan atau tak?” “Yes, to certain people”. Tetapi

Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Kita tidak digalakkan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Ambil segenggam nasi pun dah cukup. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.

JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”.

———————————————————————————————————————

Di bawah ini nasihat daripada Kevin Zahri (KZ)

Tak makan nasi ni ada pros and cons dia :

1. YES akan kurus …

Kalau tak makan nasi memang dapat kurangkan berat badan sebab anda kurangkan pengambilan kalorie. Kalau biasa makan nasi 2x sehari dan setiap porsi lebih kurang 250 kalorie than dalam sehari dah kurang 500 kalori. Dengan ini, sudah tentu dapat kurangkan berat … tapi apa yang akan terjadi apabila anda sudah kurus dan makan nasi semula? Berat naik balik! Tapi bukan masalah nasi TAPI quantiti pengambilan.

2. TAPI bila dah kurus camane?

Berapa lama anda dapat elak makan nasi? 1 minggu? 1 Bulan? 1 Tahun? Lama-lama mesti nak makan nasi jugak. Orang yang elak nasi dan berjaya kurangkan berat badan selalu complain dan mengatakan “bila makan nasi semula … berat akan naik! Memang nasi menggemukkan!”. Naik turun berat badan bukanlah masalah atau berpunca dari pengambilan nasi semata-mata but sebab pengambilan kalori seharian yang melebihi keluaran kalori ….

3. Jadi boleh makan nasi atau tidak?

Boleh tapi pastikan kuantiti atau porsi hidangan yang betul. Untuk maintain berat badan makan segenggam tangan setiap hidangan. Untuk kurangkan berat badan kena makan kurang dari segenggam.
Saya sendiri pun makan nasi dua kali sehari. Nasi putih adalah sumber karbohidrat yang bagus.

————————————————————————————————————————-

Mari kita tengok apa kebaikan Diet tanpa karbohidrat
Diet tanpa karbohidrat memang terbukti berkesan menurunkan berat badan, kenapa ? Dalam amalan , karbohidrat disingkirkan terus daripada pemakanan yang kita ambil. setiap makanan yang diambil terdapat 3 unsur penting iaitu karbohirat,protein dan lemak. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah berjaya mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan.

Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, yang tinggal sama ada untuk bergantung kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke dalam diet pemakanan.kebanyakan makanan berlemak mengandugi gula, dan gula mempunyai karbohidrat ringkas yang tinggi, Jadi pengamal terpaksa melupakan lemak dan hanya mengambil protein. Protein pula mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma, sekaligus menurun berat badan.

keburukannya pula pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung.

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s